Fasa 1: Detox Hati (Hari 1–10)

HARI 05: DECLUTTER FIZIKAL

Topik: Buang Barang, Lapangkan Ruang, Jemput Takdir

Sahabat, adakah awak tahu? Setiap barang pemberian masa lalu yang masih tersimpan di depan mata sebenarnya menghantar isyarat ke otak awak bahawa “Aku belum sedia untuk orang baru.”

Hari ini, kita akan melakukan Operasi Membersih. Kita tidak mahu rumah atau bilik kita menjadi muzium untuk kenangan yang menyakitkan. Kita mahu jadikan rumah kita tempat yang segar untuk masa hadapan yang baru.

“Ruang yang bersepah dengan kenangan lama akan menghalang takdir baru daripada masuk. Kosongkan ruang fizikal awak, maka ruang hati awak akan turut lapang.”
🧹 OPERASI MEMBERSIH:

Cari barang-barang berikut dan buat keputusan: Buang, Sedekah, atau Simpan (Sembunyi) jauh dari pandangan.

Baju / Hoodie pemberian si dia.
Hadiah hari jadi / Cenderahati yang menyakitkan mata.
Kad ucapan / Surat / Nota kecil.
Barang hiasan yang sering buat awak teringat padanya.

Apakah barang yang paling berat untuk awak lepaskan hari ini? Mengapa?

Hikmah Hari Ini: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Apabila awak membersihkan ruang hidup awak daripada ‘sampah emosi’, awak sebenarnya sedang menunjukkan kepada Allah bahawa awak bersungguh-sungguh mahu memulakan hidup baru yang lebih bersih.
40 HARI MENJEMPUT JODOH | MOSLEEM MATCH